TITIK LEMAH DAN MAUT BAGI MANUSIA
Sekiranya serangan yang dilakukan adalah tepat ke titik-titik
yang dinyatakan,penjenayah mampu untuk ditewaskan dengan mudah. Mereka akan
hilang daya pemikiran sekiranya terkena di bahagian kepala, terputus pernafasan
secara sementara atau kekal, pengsan,lumpuh dan boleh juga menyebabkan maut.
Secara keseluruhannya, terdapat banyak titik lemah dan maut bagi
manusia.Namun,hanya disenaraikan sedikit sahaja titik-titik lemah dan maut yang
besar bagi manusia iaitu :-
1.Kepala
2.Leher
3.Halkum
4.Tengkuk
5.Dagu
6.Mata
7.Telinga
8.Rusuk
9.Jantung
10.Ulu
hati
11.Buah pinggang
12.Lubang leher
13.Kemaluan
14.Peha
15.Lutut
16.Perut betis
17.Pelipat
18.Bahagian belakang badan
19.Tulang punggung
Perhatikan
dengan sebaik-baiknya di mana titik lemah dan maut bagi manusia. Ingat,anda
tidak boleh melakukan serangan secara membuta tuli tanpa mengenai titik lemah
dan maut kerana serangan yang tidak tepat menyebabkan ia menjadi kurang
berkesan. Oleh itu musuh akan sukar untuk ditewaskan malahan anda memerlukan
lebih tenaga untuk melancarkan serangan seterusnya.
Serangan yang tepat mengenai jantung akan menyebabkan kerosakan teruk pada jantung.Kesannya, pergerakan oksigen akan terganggu kerana jantung gagal untuk mengepam oksigen untuk bergerak masuk dan keluar daripada jantung serta gagal untuk bekerjasama dengan paru-paru.Selain itu,oksigen yang gagal dihantar dengan sempurna ke seluruh badan akan mengganggu sistem-sistem manusia yang lain. Sekiranya ia berlaku,musuh akan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas,ingin pitam,gangguan pada sistem-sistem badan,dan lumpuh. Tambahan lagi,kegagalan oksigen untuk dihantar ke otak akan mengganggu sistem saraf manusia yang tidak kurang pentingnya.
Lebih teruk lagi jika serangan yang tepat dan padu mengenai ke perentak jantung. Ini akan menyebakan maut kepada musuh.
Otak merupakan organ yang terpenting dalam sistem saraf manusia. Pancaindera kita seperti mata,hidung,telinga,lidah dan kulit sangat berkait dengan sistem saraf .Maka disebabkan itulah serangan yang dilancarkan tepat ke bahagian belakang kepala,hentakan kuat ke telinga,tusukan ke mata dan hentaman ke hidung boleh mengganggu otak dan seterusnya sistem saraf. Inilah sebab mengapa point tersebut dikatakan sebagai titik lemah dan maut bagi manusia.
Sistem saraf adalah sistem koordinasi atau pengaturan tubuh berupa penghantaran impul saraf ke susunan saraf pusat, pemprosesan impul saraf dan perintah untuk memberi rangsangan. Sistem saraf sangat berperanan dalam iritabilitas tubuh. Iritabilitas memungkinkan makhluk hidup dapat menyesuaikan diri dan merasai sebarang perubahan yang terjadi di sekeliling.
Berkaitan serangan di bahagian belakang kepala,hentakan yang kuat boleh mengganggu sistem saraf manusia.Kesannya,musuh boleh terkena strok dan menjadi lumpuh .Lebih bahaya lagi jika ia mengundang maut kerana berlakunya lumpuh secara total.
11.Buah pinggang
12.Lubang leher
13.Kemaluan
14.Peha
15.Lutut
16.Perut betis
17.Pelipat
18.Bahagian belakang badan
19.Tulang punggung
Hadapan badan
Belakang badan
Jantung

BEBERAPA
TIPS SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN AWAL
1.Jangan berjalan di laluan yang sunyi
terutamanya kawasan bersemak,lorong kecil,terowong kecil atau mana-mana jalan
yang terlindung daripada penglihatan orang ramai. Jika perlu lalu,pastikan anda
tidak berseorangan.
2.Jangan
berjalan di bahu jalan dalam keadaan mengikut arah jalan. Pastikan anda
sentiasa berlawanan arah untuk mengurangkan risiko diserang daripada arah
belakang.
3.Elakkan daripada
memakai pakaian yang menjolok mata.
4.Elakkan daripada memakai barang-barang
kemas yang terlalu banyak. Seelok-eloknya pakailah dengan jumlah yang sikit dan
tidak terlalu menayang kepada masyarakat awam.
5.Elakkan daripada menggunakan telefon bimbit semasa berjalan
sekiranya tidak perlu digunakan.Ini akan membuatkan anda menjadi lalai.
6.Sebaik-baiknya
elakkan daripada menggunakan beg tangan kerana anda berisiko tinggi untuk
menjadi mangsa ragut. Simpanlah wallet dan sebagainya di dalam poket.
7.Sentiasa
membawa penyembur cili atau pen sebagai senjata. Anda tidak dibenarkan membawa
senjata tajam.
8.Elakkan daripada menunggu di perhentian bas yang sunyi secara
berseorangan.
9.Elakkan daripada mengikuti lelaki yang tidak dikenali yang
ingin menumpangkan anda untuk menaiki kenderaannya.
10.Jika anda pergi ke bank,
pastikan anda berjaga-jaga dengan kaki ragut.Jangan nampakkan jumlah duit yang
dikeluarkan.
11.Sekiranya anda terlihat seseorang yang berkelakuan pelik atau
seumpamanya, teruslah beredar ke tempat lain dan dapatkan bantuan dengan
segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan