“Demi sesungguhnya!
Kami telah mengutus Rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti dan
mukjizat yang jelas nyata, dan kami telah menurunkan bersama-sama mereka
Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat
menjalankan keadilan. Dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya
mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.
(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan
faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata
pengetahuan Allah SWT tentang orang yang (menggunakan kehandalannya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah SWT serta menolong Rasul-rasulnya, padahal balasan baiknya tidak
kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” Ayat 25 Surah al Hadid.
Sebuah cerita
mengenai sejarah besi,kedudukan besi yang sangat istimewa sehingga mendapat
tempat di dalam al Quran dan kegunaan besi bagi membantu kita menegakkan syiar
Islam di muka Bumi.Allah SWT tidak
menciptakan sesuatu benda atau makhluk di atas muka Bumi bahkan di seluruh alam
semesta tanpa sebab. Ia penuh dengan hikmah dan rahsia. Hikmah di sebalik
kejadian alam dan seluruhnya hanya boleh diketahui melalui penceritaan yang
telah tertulis di dalam al Quran dan kajian yakni sains. Bahkan sains juga
tidak boleh dipisahkan daripada al Quran,sains pasti menemui jalan buntu jika
tidak berpandukan al Quran. Al Quran itu mendahului terlebih dahulu sebelum
sains. Al Quran diturunkan dengan pelbagai cerita di dalamnya,kalam Allah SWT
yang sangat lengkap merangkumi pelbagai aspek di dalam kehidupan.
Sebagai contoh
perkara sains, kewujudan bahan di ruang angkasa,gas hidrogen dan helium dan
permulaannya langit dan Bumi, permulaan alam, proses kejadian manusia dan
kehebatan besi. Begitu banyak ilmu berkaitan sains yang tertulis di dalam kalam
Allah SWT,namun apa yang bakal kita fokuskan ialah mengenai besi.Mengapa besi?
Teruskan pembacaan…
Besi mendapat
tempat di dalam al Quran dengan nama Surah al Hadid. Al Hadid merupakan surah
ke 57 dan mempunyai sebanyak 29 ayat. Persoalan yang timbul,mengapa tidak diletakkan
emas sebagai nama surah di dalam al Quran sedangkan emas mempunyai nilai yang
tinggi dan lebih mulia berbanding besi. Emaslah yang sangat dikejar-kejarkan
oleh masyarakat pada hari ini. Dek kerana emas,manusia sanggup melakukan
kejahatan seperti meragut dan merompak. Inilah bukti yang menggambarkan bahawa
emas mendapat tempat yang mulia di sisi manusia. Tetapi mengapa besi jua yang
menjadi pilihan sebagai nama surah? Allah SWT telah turunkan besi dengan
pelbagai hikmah dan kegunaan,Dia lah yang Maha Mengetahui.
Satu
kajian kimia alam telah dijalankan pada akhir abad ke-20, di mana melibatkan
ramai ilmuan astronomi,ilmuan falak dan ilmuan astrofizik. Kajian mereka
menumpukan unsur yang terdapat di alam semesta ini. Hasilnya,unsur yang
terbesar di alam semesta ini ialah gas hidrogen. Maka timbullah satu tanda
tanya dan permasalahan yang membelenggui fikiran mereka tentang besi.
Mengapakah jumlah besi pula yang banyak sehingga mencapai 1/3 daripada
kandungan berat Bumi walhal kajian mereka mendapati unsur yang terbesar di alam
semesta ialah gas hidrogen. Hal ini semakin merungsingkan apabila pakar-pakar
geologi mengeluarkan kenyataan berdasarkan kajian mereka mendapati sebanyak 30
peratus struktur Bumi adalah besi. Dari manakah datangnya besi?
Kita
pergi kepada pendapat daripada kalangan pentafsir yang mengatakan bahawa besi
diturunkan daripada langit. Ini berdasarkan ayat , “… kami telah menurunkan
besi dengan keadaan yang demikian mengandungi kekuatan yang handal serta
berbagai faedah bagi manusia dan supaya ternyata pengetahuan Allah SWT…”. Besi dikatakan
berasal daripada meteor atau komet yang jatuh ke Bumi. Menurut sains, sistem
Bumi merupakan sistem yang tidak mempunyai kandungan besi. Maka dari sinilah
wujudnya teori bahawa besi itu ialah elemen yang terhasil daripada pecahan
bintang di angkasa dalam kejadian yang dipanggil sebagai “ Supernova”. Ketika
inilah berlakunya letupan besar lalu menyebabkan taburan meteor atau komet di
angkasa.
Meteor
yang bertaburan kemudiannya menghampiri Bumi lalu ditarik oleh daya tarikan
graviti Bumi untuk memasuki ruang langit Bumi dan seterusnya jatuh terhempas di
daratan.Dari sinilah wujudnya besi,besi diturunkan daripada langit menurut para
pentafsir Islam yang mengkaji ayat-ayat Allah SWT dan bukannya unsur yang sememangnya
telah wujud di atas muka Bumi. Maka,benarlah bahawa al Quran itu mendahului
sains dan sains tidak boleh dipisahkan melalui bantuan dan rujukan al Quran.
Pada hari ini,semakin ramai saintis barat memeluk Islam setelah segala
persoalan mereka dijawab oleh al Quran. Mereka percaya bahawa al Quran
diturunkan oleh yang Maha Kuasa dan yang Maha Bijaksana.
Sekarang,kita
lihat pula perkaitan kimia di dalam Surah al Hadid. Mudah-mudahan ianya dapat
membuka hati dan minda kita supaya lebih yakin tentang kekuasaan Allah SWT.
Antaranya ialah :-
Surah al Hadid
mendapat tempat di dalam al Quran sebagai surah ke 57. Dalam kajian ilmu kimia,
dikatakan berat atom besi ialah 57. Adakah satu kebetulan?
Surah al Hadid
mendapat tempat di dalam al Quran sebagai surah ke 57 di mana ia menjadi surah
pertengahan daripada keseluruhan surah. Keseluruhan surah ialah 114. 114/2 =57
yang membawa maksud stabil. Adakah satu kebetulan?
Besi atau Ferum
mempunyai 8 isotop di mana 4 daripadanya adalah isotop besi yang stabil iaitu :
54Fe
56Fe
57Fe
58Fe
Surah al Hadid
menjadi surah ke 57 di dalam al Quran dan Fe-57 merupakan salah satu daripada 4 isotop besi yang stabil. Adakah
masih satu kebetulan?
Tenaga
pengionan,tenaga yang diperlukan oleh atom untuk menjadi ion. Fe khususnya
dapat berbentuk ion Fe2 + (ferro) dan Fe3 + (ferri). Dalam teori sains
kimia,Fe2 + (ferro) banyak digunakan oleh badan manusia. Ferro ( kategori besi
) banyak terkandung di dalam daging,sayuran bayam,sangobion dan sulfaferosus.
Sebagai contoh mudah, sekiranya bayam disimpan melebihi satu malam,maka ferro
akan berubah menjadi ferri. Ferri boleh dikategorikan sebagai tidak baik dan
tidak diperlukan oleh badan. Faham atau pening? Dipermudahkan lagi, jika dalam
tubuh kita ,ion besi (Fe2+) cuma sedikit ,kandungan haemoglobin dalam darah
juga adalah sedikit dan hal ini akan mengganggu transportasi oksigen dalam
tubuh.Inilah yang disebut iron-deficiency anaemia atau kurang
darah.
Kita
lihat pula perubahan Fe2 + (ferro) ke Fe3 + (ferri) akan menyebabkan
terhasilnya tenaga ion dengan jumlah 2957 kJ
. Pecahkan atau asingkan 2957 kepada 29 dan
57. 29 merupakan jumlah keseluruhan ayat di dalam surah al Hadid manakala 57
merupakan kedudukan surah di dalam al Quran. Satu kebetulan???
Besi mempunyai 8
isotop iaitu 52Fe, 54Fe, 55Fe, 56Fe, 57Fe, 58Fe, 59Fe dan 60Fe. Jumlahkan ,
52+54+55+56+57+58+59+60 = 451. Kata besi berada pada surah ke 57 dan ayat ke 25
surah al Hadid. Dan jika dikira bermula daripada ayat 1 hingga ayat 25, jumlah
kata adalah sebanyak 451. Kebetulan
lagi?
Jika dikira
jumlah kata dalam seluruh surah al Hadid,kita akan dapati jumlahnya ialah
sebanyak 574. Asingkan atau pecahkan 574 menjadi 57 dan 4. 57 ialah nombor
urutan surah al Hadid di dalam al Quran manakala 4 ialah jumlah isotop besi
yang stabil. Kebetulan lagikah?
Jika dikira
kalimah “Allah” bermula daripada awal surah hingga ke ayat 25 ,kalimah “Allah”
akan muncul sebanyak 26 kali. 26 ialah kedudukan besi atau Ferum dalam Jadual Berkala
Unsur. Ini semua kebetulan???
Fikir-fikirkan…
Seterusnya,di
dalam ayat yang ke 25 surah al Hadid, diterangkan juga bahawa besi “mempunyai
kekuatan yang handal”. Maka di sinilah kita boleh katakan bahawa besi itu boleh
digunakan untuk mempertahankan agama Allah SWT. Sebagai contoh,kita boleh lihat
sejarah penggunaan besi sebagai baju perang,pembinaan tembok atau pagar untuk
membina penjara Yakjuj dan Makjuj dan kehebatan pedang milik Salahuddin al
Ayubi.
Sejak zaman Nabi Daud a.s lagi besi
sudah banyak digunakan khususnya bagi membuat baju besi untuk digunakan dalam
peperangan melawan orang-orang yang tidak bersama Allah SWT.Hal ini terungkap
dalam surah al-Anbiyaa,ayat 80. Dalam surah itu Allah SWT berfirman :-
"Dah telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu guna bagi memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)."
"Dah telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu guna bagi memelihara kamu dalam peperanganmu. Maka, hendaklah kamu bersyukur (kepada Allah)."
Fakta lainnya yang menyebutkan pembuatan besi yang telah berkembang pada zaman Nabi Daud a.s. juga dengan diungkapkan dalam surah Saba,ayat 10 :-
"Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), Hai gunung-gunung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya."
Selain itu,kita ingat kembali sejarah di mana Iskandar Zulkarnain telah membina tembok untuk memenjarakan Yakjuj dan Makjuj yang sering melakukan kerosakan. Mereka sering bertindak ganas. Yakjuj dan Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan. Iskandar Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj dan Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat. Yang mampu dilakukan oleh beliau hanyalah dengan mengurung Yakjuj dan Makjuj di sebalik sebuah tembok besi. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj dan Makjuj. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj dan Makjuj, Iskandar Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj dan Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya.Pembinaan tembok ini menggunakan besi dan kemudiannya disaluti oleh tembaga panas. Inilah kegunaan besi yang lain di mana ia telah wujud sejak dahulu lagi bagi membantu agama. Besi digunakan ke arah kebaikan demi memberi perlindungan dan keselamatan. Bahkan pada hari ini,besi menjadi bahan utama untuk membuat senjata misalnya parang,pedang,keris,pisau dan sebagainya. Semuanya tidak lain tidak bukan hanyalah untuk digunakan bagi menjaga agama.
Di
samping itu,siapa tidak mengenali Sultan Salahuddin al Ayubi,Sultan dan
Panglima perang yang sangat hebat sehingga berjaya membebaskan Palestin (
Konstantinapel nama dahulu ) daripada cengkaman tentera salib. Barat pada hari
ini juga telah mengiktiraf kehebatan Sultan Salahuddin al Ayubi.Namun,apa yang
ingin dikaji,diteliti dan direnung ialah kehebatan teknologi untuk membina
pedang yang diguna pakai oleh Sultan Salahuddin al Ayubi iaitu Pedang Damascus.Pedang
ini juga disebut sebagai pedang Persia. Melalui penciptaan pedang inilah barat
menjadi gerun terhadap Islam bahkan mereka mula mengkaji untuk mencipta pedang
sehebat Pedang Damascus,namun masih gagal sehingga ke hari ini.
Pedangnya
dicipta menggunakan teknologi nano melibatkan bijih besi yang dikenali sebagai
wootz dan mempunyai unsur karbon untuk membolehkannya bersifat rapuh atau
brittle. Campuran besi dan karbon tersebut kemudiannya ditambah dengan unsur-unsur
seperti Kromium, Mangan, Kobalt dan beberapa unsur lain yang telah
memberikannya sifat-sifat sebilah pedang setiawan,tajam dan boleh lentur.
Sesuatu
yang amat unik dan tidak logik akal untuk kita fikirkan, bagaimana sebilah
pedang yang boleh dilentur menjadi seperti talipinggang boleh membelah dua
badan manusia dan boleh membelah batu-batuan tanpa mematahkan matanya. Bukan
sahaja tidak patah malahan langsung tidak merosakkan matanya. Di tambah lagi
dengan kehebatannya membelah pedang pihak lawan dan mampu memotong sutera yang
dilepaskan dari udara lalu jatuh ke atasnya. Inilah kehebatan yang telah wujud
sejak zaman dahulu di mana besi diolah bersama-sama campuran karbon,kromium,mangan,kobalt,dan
beberapa unsur lain sehingga dapat digunakan sebagai senjata bagi menegakkan
agama Allah SWT. Inilah contoh yang dikatakan oleh Allah dalam firman Nya
bahawa besi mempunyai kekuatan yang handal dan dapat digunakan ke arah kebaikan
di mana salah satunya ialah membantu agama Islam.
Allah SWT telah
berfirman di dalam ayatnya bahawa besi diturunkan untuk membantu agama dan
memberi banyak kebaikan. Allah SWT menjadikan sesuatu benda dengan penuh hikmah
supaya kita mengambil iktibar. Buat masyarakat Melayu, kikis dan buanglah
pandangan bahawa besi itu menjadi tempat persembunyian jin. Dari mana datangnya
sumber bahawa besi menjadi tempat persembunyian jin? Sedangkan Allah SWT telah
turunkan besi untuk kita gunakan ke arah kebaikan,diterangkan dan diceritakan
juga tentang sejarah penggunaan besi berdasarkan kisah-kisah nabi dahulu. Besi
dijadikan sebagai baju perlindungan dan pedang untuk berperang menentang musuh
Allah SWT.Begitu juga ketika zaman para sahabat bahkan sehingga kini besi tetap
menjadi bahan utama untuk mencipta senjata. Yang menjadi rosak akidah ialah
apabila besi khususnya keris disalahgunakan oleh bomoh-bomoh sesat. Mereka
mensyirikkan Allah SWT dan telah melakukan khurafat. Merekalah yang menyebabkan
timbulnya pandangan buruk terhadap besi sedangkan besi sangat mendapat tempat
di dalam al Quran dengan nama surah al Hadid. Bersama-samalah kita mencari dan
membetulkan mana yang salah.
Dibenarkan untuk
share jika berguna dan bermanfaat. Sesungguhnya ilmu itu milik Allah SWT yang
mana diri ini hanya meminjam ilmu milik-Nya,dan Dia jualah yang menggerakkan
jari untuk penulisan ini.
Wallahua’lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan