JENAYAH
Dunia yang berteknologi dan semakin berkembang pesat pada hari
menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang sangat tinggi. Kita dapat lihat
penjenayah semakin berani dan nekad untuk mencapai niat jahat mereka sehingga
sanggup mencederakan bahkan membunuh orang yang tidak bersalah.Sebagai contoh
gejala jenayah yang semakin hari semakin parah adalah ragut, culik, rogol,
pemerdagangan manusia, rompakan, gangguan seksual dan bunuh.
Mangsa utama yang menjadi sasaran
penjenayah adalah golongan wanita,golongan tua khususnya wanita dan
kanak-kanak. Lelaki kurang menjadi sasaran kerana rata-rata penjenayah kurang
berkeyakinan dan takut untuk menyerang.
Justeru,buat
para wanita,anda tidak sepatutnya berharap kepada bantuan orang di sekeliling
untuk melindungi anda kerana tidak semua orang bersikap prihatin. Tambahan
lagi,situasi jenayah sekarang semakin ganas dan tidak semua orang berani untuk
menghulurkan bantuan.
Sekiranya anda beranggapan polis boleh melindungi
anda,fikirkan semula bahawa jenayah boleh berlaku dalam masa yang sangat pantas
bahkan tidak sampai 5 ke 10 saat. Dalam masa tersebut anda boleh berhadapan
pelbagai risiko yang sangat bahaya seperti dicederakan,dibunuh,diculik atau
sebagainya. Sedangkan polis perlu mengambil masa setidak-tidaknya beberapa
minit sebelum tiba di tempat kejadian melainkan terdapat anggota polis yang
secara kebetulan membuat rondaan atau bertugas di kawasan terbabit.
Berikut
merupakan kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah :-
1.Lorong atau jalan sunyi.
Kawasan
yang boleh dilabelkan sebagai “Black area” di mana-mana tempat sekalipun.
Lorong atau jalan yang sunyi sering menjadi tempat penjenayah untuk memakan
mangsa kerana di sinilah keadaan tempat yang terlindung daripada pemerhatian
masyarakat.
2.Telefon awam.
Dalam kesibukan atau keasyikan bercakap dengan
ahli keluarga,sahabat atau saudara yang jauh,muncul penjenayah dari arah
belakang tanpa disedari oleh kita. Setiap daripada kita berhak untuk
menggunakan telefon awam,tetapi haruslah dalam keadaan berwaspada.
3.Hadapan
bank dan kedai emas.
Satu lagi tempat yang boleh dilabelkan sebagai “Black
area in publicity” kerana di sinilah ancaman si peragut atau perompak begitu
tinggi. Mereka akan memerhatikan individu yang cuai dalam aspek keselamatan
diri sebelum menyerang. Walaupun terdapat pengawal keselamatan,namun ia
bukanlah satu jaminan bahawa gejala jenayah tersebut tidak dapat dilakukan.
4.Dalam
pengangkutan awam.
Risiko yang perlu dihadapi dalam pengangkutan awam
misalnya teksi atau kereta tumpang adalah gangguan seksual,diraba,di bawa lari
dan kemudiannya dirogol dan diculik. Ancaman ini sangat tinggi terhadap
golongan wanita. Jika berada di dalam sesebuah bas awam atau LRT,monorel,KTM
dan sebagainya terutama dalam keadaan yang sesak, kita perlu berhati-hati
dengan gangguan penyeluk saku atau kaki raba.Pada ketika ini penumpang adalah
sangat ramai ,maka amat susah untuk mengecam si pelaku.
5.Perhentian bas.
Berisiko
tinggi jika menunggu bas secara berseorangan di tambah lagi dengan keadaan yang
sunyi dan terlindung daripada penglihatan masyarakat awam. Berkemungkinan
berlakunya gejala jenayah seperti penculikan,ragut,gangguan seksual dan rogol.
6.Jalan
yang sesak.
Kes yang boleh berlaku ialah sama seperti di dalam pengangkutan
awam yang sesak dengan orang ramai.
ANALISIS
KEJADIAN JENAYAH TERHADAP WANITA
PERHATIAN!
Analisis
mengenai kejadian jenayah terhadap wanita mendapati tidak semua penjenayah
mempunyai seni beladiri atau teknik bertempur bahkan mereka melakukan jenayah
hanya kerana rasa nekad dan spontan. Tidak dinafikan adalah segelintir daripada
penjenayah boleh bertempur dengan baik,namun secara majoriti,mereka sebenarnya
boleh dikatakan seperti “BIDAN TERJUN”.
Jadi apakah alasan anda untuk tidak
mempelajari apa jua seni beladiri atau teknik-teknik menyelamatkan maruah anda?
Jawapannya adalah MALAS dan MALU. Buang perasaan ini jauh-jauh dan set dalam
minda anda bahawa anda adalah wanita hebat dan tidak mudah untuk ditindas!
BAGAIMANA CARA PENJENAYAH MENGANCAM
Ketahuilah bahawa
majoriti penjenayah lebih cenderung untuk melakukan aktiviti jenayah bermula
dari arah belakang kerana dalam keadaan anda yang tidak sedar akan kehadiran
mereka,serangan mereka adalah lebih mudah untuk berjaya. Mereka juga lebih
yakin untuk mencederakan anda daripada arah belakang. Tidak semua penjenayah
berani berhadapan dengan si mangsa kerana mereka juga sedar bahawa mereka tidak
tahu siapakah bakal lawan mereka.Barangkali mereka sedang berhadapan dengan
seorang pakar dalam seni beladiri. Justeru, penjenayah lebih kerap melancarkan
serangan daripada arah belakang. Ambil perhatian, anda tidak seharusnya CUAI
dan LALAI.
TINDAKAN PERLU DIAMBIL
JIKA DIANCAM BUNUH
Beberapa contoh situasi yang melibatkan ancaman bunuh iaitu :-
1.Leher
anda dicekik dengan kuat bertujuan untuk menyekat pernafasan anda.
2.Diacukan
dengan senjata tajam dan berbahaya.
3.Tindakan ganas seperti menekan ke ulu
hati dan jantung.
Sekiranya situasi yang berbahaya ini berlaku pada diri
anda,anda tiada pilihan lain melainkan membunuh penjenayah tersebut sebelum dia
membunuh anda. Ingat,anda sedang diancam dengan pembunuhan jadi hak anda untuk
mempertahankan diri daripada maut adalah jauh lebih penting dan anda sebenarnya
tidak melakukan kerana niat. Anda melakukan kerana terpaksa demi nyawa anda.
SENJATA KETIKA DALAM SITUASI KECEMASAN
1.PAYUNG
Payung
Dalam situasi kecemasan dan mendesak, anda boleh
menggunakan apa yang ada di tangan atau pada badan atau di sekeliling anda.
Sebagai contoh benda yang ada pada tangan ialah PAYUNG. Sekiranya anda
menggunakan teknik yang betul dan yakin pada kemampuan, PAYUNG anda bukan sahaja
boleh digunakan untuk berteduh daripada hujan dan panas,bahkan boleh mengalahkan
lawan anda yang bertangan kosong ataupun bersenjatakan pisau.
2.PEN
"Stabilo Yang Berjasa"
Penggunaan
pen untuk menentang musuh juga tidak boleh dipandang rendah kerana melalui
penggunaan pen,anda mampu melancarkan serangan ke banyak titik lemah atau maut
umpamanya ialah mata,telinga,leher dan kemaluan.
3.SELENDANG,TUDUNG,KAIN ATAU
BENDA BERBENTUK SEPERTI TALI
Tali leher atau tie
Benda yang berbentuk seperti tali di sini ialah
seperti tali pinggang,tali leher,atau apa-apa tali yang kuat. Melalui
penggunaan barang seperti di atas, anda boleh melancarkan serangan seperti
melibas ke sasaran maut dan menjerut leher. Anda juga boleh mengunci lawan
menggunakan barang-barang yang disenaraikan.
Berikut merupakan beberapa
punca besar yang menyebabkan berlakukan gejala jenayah dalam masyarakat di
dalam Negara kita :-
1.Gila atau tidak waras.
Seseorang yang gila atau
tidak waras akan cenderung untuk melakukan gejala jenayah terhadap orang di
sekeliling sama ada kenal ataupun tidak kenal. Kebiasaannya,jenayah yang akan
dilakukan oleh mereka ialah gangguan seksual,rogol,menculik dan membunuh.
Adakalanya mereka sedar bahawa mereka melakukan satu kesalahan,adakalanya
mereka gagal mengawal mental dan bertindak kejam terhadap si mangsa.
2.Upahan.
Jenayah
yang berlaku disebabkan upahan ialah bunuh dan culik. Seseorang penjenayah
sanggup bertindak di luar batas atau menyalahi undang-undang sekiranya dibayar
dengan upah yang tinggi dan lumayan. Mereka boleh mendapatkan wang yang banyak
dalam tempoh yang singkat.
3.Cinta.
Jenayah yang berlaku bermotifkan cinta
lazimnya ialah jenayah culik dan rogol. Seseorang wanita yang mudah terpedaya
dengan ajakan teman lelaki untuk keluar berjalan sehingga lewat malam atau
berada di tempat yang sunyi berisiko tinggi menjadi mangsa kepada lelaki yang
bernafsu binatang.
4.Dengki dan iri hati.
Sifat mazmumah ini turut menjadi
punca berlakunya gejala jenayah. Seseorang yang dengki melihat
kejayaan,kecantikan,populariti dan sebagainya sanggup melakukan apa sahaja
untuk menghapuskan orang tersebut. Jenayah dilakukan demi mencapai matlamat untuk
menjadi lebih baik daripada orang tersebut.
5.Dendam.
Rasa tidak puas hati
seseorang terhadap orang lain akan melahirkan perasaan dendam dan seterusnya
menjurus kepada berlakunya perkara jenayah. Dendam mungkin disebabkan kesilapan
insan lain pada suatu masa dahulu yang diingat kembali.
Contoh "Real Situation"
[ Jangan klik FULL SCREEN untuk paparan yang lebih baik dan jelas atau boleh juga ke Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=7LzUDE8-7eY ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan