Sabtu, 31 Januari 2015

Tanah

Sebuah entri mengenai empat unsur di dalam kehidupan seharian kita iaitu api,angin,air dan tanah. Entri ini ditulis berdasarkan cerita yang hamba dengar daripada seorang ustaz yang mana beliau juga merupakan seorang anak gayong,sama seperti hamba. Seorang khalifah yang meminjam masa,kekuatan,sifat,kekayaan dan nyawa daripada Allah SWT demi mencari dan mengenali diri,Allah SWT dan rasul-Nya sama juga seperti hamba. Katanya, adapun kejadian anak Adam itu melalui empat perkara atau anasir iaitu api,angin,air dan tanah.

Apakah itu api,angin,air dan tanah?

Api itu panas,sakit,lapar,dahaga dan mengantuk. Angin itu bertutur,bernyawa,bergerak,berdiam dan berjaga. Air itu darah,air liur,air mata dan peluh manakala tanah itu daging,kulit,tulang dan kuku. Dan rahsia Adam ialah syariat,tarikat,hakikat dan maarifat.

Tanah menjadi air,
Air menjadi angin,
Angin menjadi api,
Dan api menjadi rahsia Nur Muhammad.
Dan adapun tanah itu menjadi daging,air itu menjadi tulang,angin itu menjadi urat manakala api itu menjadi darah.

Kisahnya bermula apabila seorang sahabat bahkan seorang berpangkat gurulatih kepada hamba membuka cerita bahawa dunia sekarang mempunyai pelbagai penyakit seperti kencing manis,sakit jantung,sakit buah pinggang dan sebagainya. Lalu ustaz tersebut mencelah dengan kata-katanya, “Orang sekarang lupa kepada satu unsur!”.

Ya,memang benar penyakit itu datangnya daripada Allah SWT,bahkan penawarnya juga datang daripada Allah SWT,bukanlah kerana ubat.Ubat itu hanyalah sebagai ikhtiar penyembuhan penyakit. Persoalan sekarang apakah satu unsur yang sebenarnya segelintir daripada kita lupa?

Jawapannya ialah TANAH. Mengapa dan kenapa? Lihatlah pada hari ini kita semua berjalan di atas lantai yang bersimen dan rata lagi cantik. Lantai yang mempunyai mozek atau tile yang licin dan sangat menarik coraknya. Apabila ingin berjalan di kawasan luar rumah, kita akan memakai kasut atau setidak-tidaknya memakai selipar. Kaki kita jarang memijak tanah. Ada orang langsung tidak lagi memijak tanah malahan berasa sangat jijik untuk memijak tanah tanpa selipar atau kasut.

Tiga unsur yang banyak kita gunakan ialah api,angin dan air. Sebagai contoh mudah, kita memerlukan air sebagai minuman. Kita juga memerlukan angin sebagai udara untuk kita bernafas dan kita memerlukan cahaya matahari untuk terus hidup. Cahaya matahari itu daripada api. Mana mungkin kita dapat hidup tanpa cahaya matahari. Cuba kita duduk sahaja di dalam rumah tanpa terkena dan melihat sinaran matahari,badan kita pasti menjadi lemah dan tidak bermaya. Lihat contoh yang telah ditunjukkan di dalam cerita Melayu lama iaitu Musang Berjanggut. P.Ramlee yang memegang watak sebagai putera Sang Nila Utama pernah bertanya kepada Puspawangi,mengapa tidak menggunakan payung sedangkan cuaca panas.

Hamba kongsikan di sini satu contoh yang diceritakan oleh saudara ustaz, mengapakah kita yang hidup mewah,mendapat tempat tinggal yang selesa,makanan sedap dan lazat,pakaian dan sebagainya terjaga namun masih terkena penyakit? Sedangkan seorang yang “tidak waras” ditepi jalan hanya mempunyai pakaian yang busuk,kotor dan koyak rabak,tinggal di kawasan jijik berlapikkan kotak dan makan makanan yang terbuang atau sisa-sisa masih sihat tanpa sebarang penyakit. Lihatlah perbezaan antara manusia yang hidup mewah dengan orang “tidak waras”. Kita menggunakan unsur api,angin dan air manakala sangat jarang menggunakan unsur tanah melainkan terdesak untuk memijaknya. Sedangkan orang yang “tidak waras” menggunakan kesemua unsur. Mereka tidak memakai kasut ataupun selipar. Mereka mampu berjalan hingga berkilometer tanpa berkasut dan berselipar.

Jika kita lihat di dalam cerita-cerita Melayu lama misalnya Semerah Padi dan Hang Tuah,watak-wataknya tidak memakai selipar atau kasut. Begitulah keadaan orang-orang dahulu yang sememangnya sangat kuat dan tidak mempunyai banyak masalah kesihatan sebagaimana mereka. Mereka mampu berjalan memijak pokok semalu,duri-duri,batu-batuan,reranting dan sebagainya dalam kehidupan hari-hari. Ke mana sahaja mereka pergi,mereka akan berkaki ayam. Tetapi lihat pula keadaan kita pada hari ini, semuanya nak berselipar dan berkasut. Tanya pada diri,bila kali terakhir kita memijak tanah? Dan kerana apa kita memijak tanah? Apakah kerana selipar tertinggal di belakang rumah atau selipar putus? Tepuk dada tanya hati.

Wallahua’lam…

Rabu, 21 Januari 2015

Seni Beladiri Wanita Bahagian 2

TITIK LEMAH DAN MAUT BAGI MANUSIA

Sekiranya serangan yang dilakukan adalah tepat ke titik-titik yang dinyatakan,penjenayah mampu untuk ditewaskan dengan mudah. Mereka akan hilang daya pemikiran sekiranya terkena di bahagian kepala, terputus pernafasan secara sementara atau kekal, pengsan,lumpuh dan boleh juga menyebabkan maut. Secara keseluruhannya, terdapat banyak titik lemah dan maut bagi manusia.Namun,hanya disenaraikan sedikit sahaja titik-titik lemah dan maut yang besar bagi manusia iaitu :-

1.Kepala
2.Leher
3.Halkum
4.Tengkuk
5.Dagu
6.Mata
7.Telinga
8.Rusuk
9.Jantung
10.Ulu hati
11.Buah pinggang
12.Lubang leher
13.Kemaluan
14.Peha
15.Lutut
16.Perut betis
17.Pelipat
18.Bahagian belakang badan
19.Tulang punggung



Hadapan badan

Belakang badan
 
Perhatikan dengan sebaik-baiknya di mana titik lemah dan maut bagi manusia. Ingat,anda tidak boleh melakukan serangan secara membuta tuli tanpa mengenai titik lemah dan maut kerana serangan yang tidak tepat menyebabkan ia menjadi kurang berkesan. Oleh itu musuh akan sukar untuk ditewaskan malahan anda memerlukan lebih tenaga untuk melancarkan serangan seterusnya.

Jantung
 

Serangan yang tepat mengenai jantung akan menyebabkan kerosakan teruk pada jantung.Kesannya, pergerakan oksigen akan terganggu kerana jantung gagal untuk mengepam oksigen untuk bergerak masuk dan keluar daripada jantung serta gagal untuk bekerjasama dengan paru-paru.Selain itu,oksigen yang gagal dihantar dengan sempurna ke seluruh badan akan mengganggu sistem-sistem manusia yang lain. Sekiranya ia berlaku,musuh akan mengalami masalah kesukaran untuk bernafas,ingin pitam,gangguan pada sistem-sistem badan,dan lumpuh. Tambahan lagi,kegagalan oksigen untuk dihantar ke otak akan mengganggu sistem saraf manusia yang tidak kurang pentingnya.

Lebih teruk lagi jika serangan yang tepat dan padu mengenai ke perentak jantung. Ini akan menyebakan maut kepada musuh.

Otak merupakan organ yang terpenting dalam sistem saraf manusia. Pancaindera kita seperti mata,hidung,telinga,lidah dan kulit sangat berkait dengan sistem saraf .Maka disebabkan itulah serangan yang dilancarkan tepat ke bahagian belakang kepala,hentakan kuat ke telinga,tusukan ke mata dan hentaman ke hidung boleh mengganggu otak dan seterusnya sistem saraf. Inilah sebab mengapa point tersebut dikatakan sebagai titik lemah dan maut bagi manusia.

Sistem saraf adalah sistem koordinasi atau pengaturan tubuh berupa penghantaran impul saraf ke susunan saraf pusat, pemprosesan impul saraf dan perintah untuk memberi  rangsangan. Sistem saraf sangat berperanan dalam iritabilitas tubuh. Iritabilitas memungkinkan makhluk hidup dapat menyesuaikan diri dan merasai sebarang perubahan yang terjadi di sekeliling.

Berkaitan serangan di bahagian belakang kepala,hentakan yang kuat boleh mengganggu sistem saraf manusia.Kesannya,musuh boleh terkena strok dan menjadi lumpuh .Lebih bahaya lagi jika ia mengundang maut kerana berlakunya lumpuh secara total.

BEBERAPA TIPS SEBAGAI LANGKAH PENCEGAHAN AWAL 

1.Jangan berjalan di laluan yang sunyi terutamanya kawasan bersemak,lorong kecil,terowong kecil atau mana-mana jalan yang terlindung daripada penglihatan orang ramai. Jika perlu lalu,pastikan anda tidak berseorangan.

2.Jangan berjalan di bahu jalan dalam keadaan mengikut arah jalan. Pastikan anda sentiasa berlawanan arah untuk mengurangkan risiko diserang daripada arah belakang.

3.Elakkan daripada memakai pakaian yang menjolok mata.

4.Elakkan daripada memakai barang-barang kemas yang terlalu banyak. Seelok-eloknya pakailah dengan jumlah yang sikit dan tidak terlalu menayang kepada masyarakat awam.

5.Elakkan daripada menggunakan telefon bimbit semasa berjalan sekiranya tidak perlu digunakan.Ini akan membuatkan anda menjadi lalai.

6.Sebaik-baiknya elakkan daripada menggunakan beg tangan kerana anda berisiko tinggi untuk menjadi mangsa ragut. Simpanlah wallet dan sebagainya di dalam poket.

7.Sentiasa membawa penyembur cili atau pen sebagai senjata. Anda tidak dibenarkan membawa senjata tajam.

8.Elakkan daripada menunggu di perhentian bas yang sunyi secara berseorangan.

9.Elakkan daripada mengikuti lelaki yang tidak dikenali yang ingin menumpangkan anda untuk menaiki kenderaannya.

10.Jika anda pergi ke bank, pastikan anda berjaga-jaga dengan kaki ragut.Jangan nampakkan jumlah duit yang dikeluarkan.

11.Sekiranya anda terlihat seseorang yang berkelakuan pelik atau seumpamanya, teruslah beredar ke tempat lain dan dapatkan bantuan dengan segera.