Ahad, 20 Ogos 2017

Buah Pukulan Maut

Permainan dalam silat seni gayong lebih kepada permainan tempur di mana terdapatnya unsur patah-mematah, koyak-mengoyak dan memutuskan sendi-sendi. Teknik dan buahnya terlalu kasar dan tidak berbelas kasihan. Pendek kata, setiap serangan yang dihantar akan dibalas dengan serangan berlipat ganda sehinggakan mangsa mengalami kecederaan parah disebabkan tulang patah, kulit terkoyak, mata dikorek dan mengalami putus urat di bahagian terkena serangan. Malah lebih teruk lagi jika serangan tersebut mengenai tepat ke bahagian yang boleh membawa maut, sudah pastinya maut menanti atau setidak-tidaknya koma.

Sebagai contoh, antara permainan yang kasar dan berbahaya dalam silat seni gayong ialah buah pukulan maut. Serangan pukulan maut lebih mensasarkan titik-titik lemah dan maut manusia bagi melumpuhkan musuh dengan cepat. Buah pukulan maut yang berbahaya ini menjadi "buah belasah" kepada mereka yang mencuba-cuba menanti padah.



Kebiasaannya, buah pukulan maut adalah panjang , serangannya diringkas dengan panggilan kombat dan rumusan kepada buah serang ini ialah super kombat. Namun begitu, term ini mempunyai makna berbeza bagi setiap gurulatih yang menerima. Hakikatnya, ianya adalah sama tetapi tidak serupa. Ada yang mempraktikkan buah pukulan maut dengan serangan meletup dan kaw2 di bawah 5 saat kemudian musuhnya menjadi nyawa2 ikan. Ada pula yang mengatakan kombat disempurnakan dalam 3 saat manakala superkombat menyerang serentak sebelum sempatnya serangan dikeluarkan. Tahu2 musuh dah terkulai...

Apa pun gayanya, ketiga-tiga jenis buah ini bersifat ganas dan berisiko tinggi untuk membunuh dan membelasah mayat. Untuk pencerahan elok ditanya pada guru-guru yang arif terutama guru-guru tua. Jazakumullahu khairan khatira.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan