Laungan gayong bergema di Lorong Abdullah, Jalan Kebun di mana tempat 8 pesilat muda dilatih. Mereka semua menjalani latihan silat pusaka Melayu yang telah diasaskan oleh Allahyarham Mahaguru Dato Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Md Hashim iaitu Silat Seni Gayong.
Penglibatan awal gelanggang ini hanyalah disertai 4 orang pesilat sebelum bertambah keahliannya sehingga 13 orang. Namun tidak semua dalam kalangan mereka yang dapat bertahan dengan latihan keras dan lasak dikendalikan oleh hamba sendiri selaku jurulatih.
Hamba sendiri pernah berpesan bahawa hamba sangat menekankan disiplin yang tinggi sepanjang latihan. Dalam waktu latihan, tiada gelak tertawa , tiada gurau-gurauan atau usik mengusik. Waktu latihan ialah waktu untuk menerima pelajaran, mengingat, memperkemas dan dipraktikkan supaya ianya boleh menjadi "memori otot" di mana pergerakan tersebut dapat dilakukan secara spontan bila situasi memerlukan.
Lagipun hamba straightly to adat walaupun hamba sendiri masih belum arif, tetapi bila sekali sudah membuka gelanggang, tiada lagi masa untuk main-main. InshaaAllah, dengan berkat Allah Taala dan perlindungan dpd Nya apabila kita membuka gelanggang dengan kalamullah, tiada apa kejadian buruk yang akan berlaku. Sekiranya berlaku sesuatu, mungkin ada asbabnya tersendiri dan Maha Mengetahui.
Apa pun bila kita bersilat, ketepikan dahulu masalah dan tinggalkan di luar gelanggang. Setelai selesai latihan, masa 10-15 minit diperuntukkan untuk sesi memberikan 'makan' rohani pesilat dan diri hamba sendiri. Dalam masa yang sama, hamba cuba menjadi pendengar bagi permasalahan yang datang dari anak-anak murid hamba. Hamba akan berikan solusi terbaik sekiranya berkemampuan. Tugas hamba sebagai seorang khalifah Allah di Bumi ialah menyampaikan dakwah dengan cara tersendiri iaitu melalui pendekatan silat. Hamba berpesan pada murid hamba dan dalam masa yang sama hamba turut berpesan dan membaiki diri sendiri. Jika mahu ditunggu sempurnanya iman dan diri seseorang, entah bila dakwah Islamiah dapat dilaksanakan.
Begitulah cara hamba, dalam masa hamba mencari ilmu dan menjadi murid, hamba juga menjadi guru kepada murid hamba. Hamba teringat kata-kata guru hamba, jawapan tidak akan terbit jika tanpa persoalan, persoalan tidak akan terbit tanpa pengalaman, dan pengalaman tidak akan datang tanpa merantau. Benarlah, Islam menggalakkan umatnya berhijrah dan merantau demi mencari pengalaman untuk diterbitkan persoalan kemudian dicarinya jawapan. Jawapan pula diterjemahkan dalam kehidupan seharian terutama dalam bab mengenal Tuhan.
Hayyakumullah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan