Ahad, 20 Ogos 2017

Assalamualaikum wbt.

"Seni Gayong Payung Pusaka,
Naungan Aneka Hikmat Mulia,
Rahsia Tersimpan Di Purbakala,
Ilham Menyusul Zahir Semula.

Niatnya Bersih Baunya Suci,
Berseru Kepada Putera & Puteri,
Agama Yang Mulia Dijunjung Tinggi,
Belalah Bangsa, Adat & Negeri."

Seni Gayong , pusaka perang peninggalan nenek moyang Melayu buat anak-anak Melayu dan Islam. Seni Gayong, terkandung di dalamnya banyak buah perang buat bekal bersiap-siaga. Tanah air yang aman pasti akan digugat keamanannya dan dipijak-pijak musuh yang durjana. Tanpa Gayong, di mana usaha kita untuk mempertahankan Islam dan bangsa?


Seni Gayong, siapa yang berkurang ajar, silat "gaduh" ini makannya. Anak Gayong tidak gentar menghadapi musuh. Siapa yang ingin bertikam, siapkan kain kafannya. Siapa yang inginkan keamanan, silaturrahim dipereratkan.

Dunia kini ...

Anak bangsa semakin lalai dek telunjuk kafir dan yahudi. Masing-masing tidak sedar dia sedang dipergunakan. Jangankan adab Melayu diketepikan,bahkan hukum agama dipertikaikan. Allah Yang Maha Khaliq, Tuhan Yang Maha Esa dilawannya. Apakah kamu lupa dengan syahadah "Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad itu Pesuruh Allah"?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan