Entri ini bukanlah berkisarkan
dunia politik,tetapi mengenai isu kemanusiaan dan nilai moral. Yang
closed-minded, kaki-kaki hukum orang hamba harap kalian jauhkan daripada
membaca entri ini. Tidaklah sehebat mana,dan tidaklah sekompleks mana.
Namun,bagi orang yang menghargai dan memandang tinggi nilai moral dan
kemanusiaan bakal berfikir dan mengambil positif di sebaliknya.Hamba tulis
hanya kepada yang faham dan berakal.
Ada kelompok manusia yang sanggup
melutut kepada manusia lain demi untuk membina satu kenikmatan dunia. Melutut
seperti manusia itu adalah dewa dan melebihi Yang Maha Esa. Katanya,ada harta
dan status barulah orang akan pandang. Tatkala dijemput Yang Maha Kuasa, harta
entah di mana,status dan pangkat entah di mana. Amalan pula entah di mana. Glamour
yang dikejar tanpa arah yang betul mengundang padah dan perit lagi memedihkan di
kemudiannya.
Berkaitan maruah dan integriti,ia bukanlah tradisi yang
dibuat-buat. Maruah dan integriti adalah konsep susulan kepada tradisi yang
meletakkan nilai kebaikan “the virtue of values” mengatasi kemungkaran “establishing
the truth over fabrication”. Kini,maruah dan integriti hanya pada lencana,hanya
pada moto,slogan,misi dan visi. Hakikatnya,maruah dan integriti dijual murah
dan mudah berada di bawah tapak kaki penzalim. Ramai yang meletakkan maruah dan
integriti sama taraf dengan produk bundle atau jauh lebih rendah.
Kedua-duanya
tidak memberikan sebarang makna di dalam satu kelompok manusia yang zahirnya
diselubungi dengan segala unsur dan ramuan hina. Apa guna mandat yang diberikan
kepada seorang ketua yang tampak gah dan hebat,sedang menggepalai sekumpulan
manusia yang bisu dan sentiasa silap di dalam membuat keputusan. Takutnya
kepada “Dewa” sehingga sanggup bersekongkol. Akalnya tinggi,mempunyai daya
pemikiran yang sangat hebat melebihi orang lain,namun hatinya sekecil kuman.
Tersangatlah pengecut.
Hakikat yang paling nyata,mana-mana koloni dalam
dunia ini akan dikagumi kerana ketelusan dan nilai integriti manusia ,bukannya
kehebatan satu entiti di dalam memanipulasikan minda orang tidak mahir tentang
sesuatu isu,apatah lagi mereka yang suka meraut publisiti murahan hasil
daripada propaganda jijik.
Bukankah lebih baik jika kita menjadi seorang
yang pandai di kalangan orang yang cerdik,daripada berseronok ditauliahkan
sebagai cendekiawan di kalangan orang yang kurang intelek atau taksub kepada
seorang ketua yang bodoh lagi kolot dan dusta. Apa gunanya kedudukan dan
pangkat kalau tanggungjawab diabaikan dan menyimpang daripada yang jalan yang
lurus.
Wallahua’lam…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan