Jika ditanya tentang pendapat hamba, seratus peratus hamba sangat menyokong supaya dipertahankan sistem beraja. Kerna Raja-Raja Melayu yg diketuai oleh DYMM SPB Agong inilah yg menjadi benteng bagi orang Islam dan Melayu.
Cina ,india dan bangsa lain nak tolak RRM , nak hina RRM dan fitnah RRM itu hamba ok lagi pasal mereka ni tidak dikait dengan agama Islam. Yg hamba menyirap pasal anak - anak muda Melayu yang tumpang sekaki nak hina dan minta RRM dihapuskan. Tak kurang juga dengan golongan yang kononnya cerdik pandai.
Antara alasan mereka kerna RRM tidak relevan lagi pada zaman sekarang, RRM tidak ada pengorbanan apa-apa kepada negara dan membazir. Yang kata tidak relevan, RRM inilah yg akan mempertahankan kedaulatan agama Islam dan hak-hak orang Melayu.
Ka masing-masing hanya menjadi Islam atas dasar mewarisi agama dr mak ayah.
Duk kata RRM tak relevan dan tak diperlukan, tetapi adakah mereka semua ingin menjadi kerabat Diraja? Hamba rasa tidak... Tanggungjawab berat atas bahu mereka dlm melaksanakan amanah ALLAH SWT agar rakyat dapat hidup dengan sebaik keadaan. Paling penting ofkos tak dapat lari dari agama Islam. RRM memainkan peranan penting agar negara ini kekal sebagai negara Islam. Islam ni kalau ikut molek dan faham ajarannya cantik molek dah.
RRM membazir? Ingat RRM tu semua nak sangat ikut protokol sampai membelanjakan banyak duit? Itu adalah ketetapan yg perlu mereka ikut untuk mencerminkan imej negara yg masih mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan. Kalau tidak, ada la orang luar nak kata ketua agama selekeh, ketua negara atau negeri selekeh.
Yang tak tahu sejarah jangan jadi bebal, jangan jadi mainan kpd alat remote control. Faham dulu sejarah yang RRM telah berkorban sedikit kuasanya sehingga terbentuknya negara Raja Berperlembagaan. Kalau dulu Raja ada kuasa mutlak nak memerintah, sekarang kita boleh memilih pemimpin melalui sistem demokrasi. Naik saja pemimpin pilihan rakyat, Agong dan RRM kena pertimbangkan utk diadakan upacara angkat sumpah. Pendek kata, rakyat juga berkuasa memilih pemimpin yg mereka sukai. Tetapi tak bermakna RRM tak boleh cantas pasal RRM yang akan memberi perkenan .
Jangan nak hina sangat Agong dan RRM kerana mereka telah berkorban dr segi kuasanya, memberi tanah kpd rakyat dan lain2 lagi. Keturunan Diraja mereka yg membuka negeri atau kerajaan, kita rakyat ni menumpang kasih di atas tanah mereka.
Lagi satu pasal apa mau lawan RRM? Kaji dulu susur galur mereka yg ada dari kalangan Ahlul Bait. Ahlul Bait ni keluarga Rasulullah SAW, mereka dipertanggungjawabkan utk menjaga agama Islam agar dakwah Islamiyyah di dalam negara tersebut berjalan lancar tanpa digugat oleh penganut agama lain.
Banyak lagi nak cakap pasal RRM, cukup ini sajalah sedikit sebanyak nak buka sedikit minda mereka yg tertutup. Jangan nak hina sangatlah RRM, kita ni kalau dilahirkan sebagai seorang Raja, adakah mampu kita utk memikul amanah ALLAH SWT yang sangat berat? Esok di Padang Mahsyar, mereka akan ditanya semula apa yg telah mereka lakukan utk menjaga kita semua yg bernaung di bawah mereka.
Jazakumullahu khairan khatira.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan