Kekuasaan ALLAH SWT dibuktikan dengan kejadian alam yg sangat unik dan menyimpan pelbagai rahsia yg perlu diterokai lagi dikaji.
ALLAH SWT mencipta alam semesta yg luas di mana di dalamnya terdapat planet-planet, bintang-bintang, meteor, bulan dan matahari. Planet tidak pernah ingkar arahan ALLAH SWT utk berada di tempatnya, Bumi tidak pernah ingkar arahan ALLAH SWT utk berpusing di paksinya, Bulan tidak pernah ingkar utk mengelilingi Bumi, Matahari tidak pernah ingkar utk terus menyalakan api dan tidak bergancak walaupun sedikit dari posisinya dan bintang-bintang lain tidak pernah ingkar utk bercahaya.
Itu adalah makhluk ALLAH SWT yg sentiasa taat pada perintahNya hingga ke hari ini. Begitu juga malaikat yg menjadi tentera ALLAH SWT yg tidak pernah melakukan kemungkaran tetapi sentiasa beribadat kpd ALLAH SWT dan melaksanakan perintahNya.
Adapun manusia yg dikatakan sebagai makhluk sebaik kejadian. Firman ALLAH SWT :
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً -٧٠-
“Dan sungguh, Kami telah Memuliakan anak cucu Adam, dan Kami Angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami Beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami Lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami Ciptakan dengan kelebihan yang sempurna.”
(Al-Isra’ 70)
Manusia pada sejak zaman dahulu lagi ada yg tidak mahu bersyukur. Mulianya manusia kerna berakal. Dengan menggunakan akal, manusia boleh meningkatkan kemajuan dan bertamadun, boleh membongkar khazanah alam dan boleh memahami ilmu sains dan teknologi.
Tidak seperti binatang, mereka makhluk yg tidak diberikan akal. Binatang tidak boleh membina tamadun, tidak boleh menggerakkan jentera, tidak boleh memikirkan ilmu kkejuruteraan dan sebagainya.
Sayangnya manusia pada hari ini lebih teruk dpd binatang ternakan. Cuba kita bezakan binatang yg bebas dan binatang yg diternak. Sebagai contoh, lembu yang bebas boleh membuat sesuatu dengan mudah tanpa bergantung kpd sesiapa. Tidak spt binatang ternakan yg mana hidupnya sentiasa dikongkong dan bergantung kpd tuan. Makan, minum dan masa bebasnya semua bergantung kpd tuan. Tetapi, binatang bebas dan binatang ternakan kedua-duanya tidak mempunyai akal. Ini kerna ALLAH SWT berkehendak sedemikian.
Tidak spt manusia, manusia yg ada akal tetapi tidak mahu menggunakan akal seiring dgn sunnatullah, maka dia adalah buta. Orang Islam yg mukmin sepatutnya berpegang kpd aqidah yg benar, syariat dan akhlak yg teguh.
Sekiranya manusia itu tidak berpegang kpd 3 serangkai ini dengan sebaik-baiknya dan tidak menggunakan akal dgn cara yg terbaik, maka manusia spt ini lebih teruk dr binatang ternakan.
Ringkas kata,
"Ada mata tetapi tak mahu melihat kebenaran, ada akal tetapi tak mahu memikirkan kebenaran dan ada telinga tetapi tak mahu mendengar kebenaran."
Mereka jahil tetapi tidak mahu mencari kebenaran dan mereka lupa bahawa hidupnya makhluk ALLAH SWT ini hanya spt wayang kulit yg dimainkan oleh tok dalang. Mereka kufur nikmat beragama, mereka syirik dalam bertauhid.
Hayyakumullah.