Dalam kenangan ALLAHYARHAM MAHAGURU DATO' MEOR ABDUL RAHMAN BIN UDA MD HASHIM.
Allahyarham telah mencipta dan mengasaskan Silat Seni Gayong yang mana pada hari ini telah terbukti kehebatannya sehingga diiktiraf oleh pakar seni beladiri di seluruh dunia.
Kepada semua Anak Gayong, mohon dipinjamkan sedikit masa untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham. Mudah-mudahan beliau tenang di alam sana. Jasa dan pengorbanan beliau dalam memartabatkan ilmu persilatan Melayu sangat dihargai.
Sebagai Anak Gayong, kita seharusnya meneruskan perjuangan beliau agar Silat Seni Gayong terus berkembang. Ayuh kita sama-sama merapatkan saf tanpa mengira pentadbiran. Ingat dan fikirkan kembali ikrar yang telah kita lafazkan ketika mana kita diperlimau tapak.
Ikhlas dari P.S.S.G.M Gelanggang Saidina Ali Karamallahu Wajhah. Salam SATU Gayong dan SATU Perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan