Tatkala diselubungi keheningan malam sambil menghirup udara yang segar.Nikmat kurniaan Allah SWT yang tidak mampu dibayar oleh sesiapapun kerana kita semua adalah makhluk-Nya. Kita hanya sebagai hamba manakala Allah SWT yang Maha Kuasa,Maha Pentadbir lagi Maha Penyayang. Penyayangnya Allah SWT kepada kita sehingga Dia memberikan pelbagai nikmat untuk kita di dunia yang sementara ini tanpa mengira bangsa,warna kulit,bahasa pertuturan dan sebagainya.Yang menjadi beza siapakah yang menjadi pilihan Allah SWT untuk menerima taufik dan hidayah lantas dikurniakan nikmat Islam dan iman.
Lihatlah sekeliling kita,udara,cahaya,tumbuh-tumbuhan,haiwan ternakan bahkan nyawa kita sendiri diberikan oleh Allah SWT. Kita tidak boleh menafikan diri kita sebagai seorang peminjam manakala Allah SWT sebagai pemberi pinjam.Jadi apakah sebab untuk kita berlaku angkuh,sombong dan zalim di muka Bumi ini? Apa yang hebat pada diri kita?
Tidaklah menjadi salah untuk kita berseronok,tetapi perlulah berpada-pada.Sedih melihat anak-anak muda seperti hamba yang kebanyakannya terjebak kepada gejala sosial lampau dan jenayah.Hilangnya harga diri dan peribadi serta sikap yang terpuji dek kerana asuhan Yahudi zionis dan kafir.Siapa yang terlibat di dalam kegiatan lumba haram? Siapa yang terlibat dalam gejala dadah? Siapa yang ditahan di pusat-pusat hiburan? ANAK MELAYU!
Di mana generasi Y yang dikatakan bakal memimpin dan terus mengorak langkah untuk meletakkan negara di satu kedudukan yang hebat pada masa akan datang? Bilakah kita semua akan bangkit daripada diulit mimpi "indah"?
Sampai bila kita ingin menjadi bangsa yang lemah dan dipijak oleh bangsa lain? Bila kita akan kembali berada di atas merampas takhta yang sememangnya menjadi hak milik kita di Tanah Melayu bertuah ini?
Tanya diri,adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan semboyan perang. Ya,kita ada barisan pertahanan seperti tentera dan polis. Tetapi sejauh mana mereka mampu mempertahankan kedaulatan ?
Daulat Islam,
Daulat Raja-raja Melayu,
Daulat Melayu,
Daulat Tanah Melayu,
Semua ini adalah tanggungjawab yang ada di atas bahu masing-masing.
Lihat negara luar,satu demi satu negara Islam tumbang,mengalami peperangan,huru-hara,kehancuran dan porak-peranda. Saudara seIslam kita berperang sesama sendiri dek kerana perbezaan ideologi dan aliran. Mereka juga menjadi huru-hara kerana tipu daya yang ditunjukkan oleh kafir laknatullah. Mereka turut diperangi oleh kafir dan yahudi zionis.Dunia pula hanya menyaksikan tanpa sebarang tindakan. Negara-negara Islam,"Ooo I C..." Diam membisu.Anak-anak kecil dibunuh dengan kejam,wanita diperkosa lalu dibunuh,ada yang ditanam hidup-hidup ,ada yang dibakar,dipenggal,dirodok perut lalu dibuang isi perut dan pelbagai lagi. Tetapi mengapa kita masih BUTA dan BODOH dalam mencorakkan hidup kita pada hari ini.
Bilakah kita akan bermula kembali? Kita sudah terlalu lama jatuh di tanah sendiri. Kita gagal memainkan watak sebenar Melayu yang sangat gah,hebat dan digeruni.
Buat checklist,apa yang kita telah persiapkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Nikmat keamanan yang kita kecapi sekarang tidak akan kekal. Ia juga bukanlah tanggungjawab yang dimainkan oleh para pemimpin yang menyandang pelbagai jawatan menteri. Ini semua tanggungjawab kita semua bermula daripada bawah kerana kita adalah khalifah yang dilantik di muka Bumi ini. Allah SWT telah memilih al-Insaan kerana kita adalah sebaik-baik makhluk.
Wahai anak-anak Melayu... Sudahlah bergelak tertawa.Berhentilah bertelagah sesama sendiri. Cukuplah kita diapi-apikan sehingga menjadi pecah dan berkelompok. Berbaliklah pada satu atas nama Islam. Dunia telah menyaksikan pelbagai peristiwa hitam. Dunia tidak lagi berada dalam keadaan yang aman. Negara yang berlagak sebagai polis dunia telahpun merancang untuk menjatuhkan negara-negara Islam. Tidak dinafikan,mereka berjaya menjatuhkan satu demi satu.
Di mana Mesir? Di mana Syria? Di mana Iraq? Di mana Palestin? Mereka terus bermandi darah.Perlukah kita tambah di mana Malaysia?
Semboyan akan berbunyi pada bila-bila masa sahaja. Bergelak ketawalah. Mungkin ini satu entry yang kelakar untuk dibaca. Namun adakah tidak mustahil untuk kita menjadi mangsa kepada kekejaman kafir laknatullah? Berapa banyak bekalan yang kita ada untuk menghadapi situasi genting yang bakal menggugat kedaulatan Islam,Raja-raja Melayu,Melayu dan negara.
Dalam perjuangan,tidaklah bererti senjata moden menjadi kekuatan 100 peratus kerana ianya hanyalah sebagai alat. Alat sifatnya akan habis jika tidak mendapat bekalan yang berterusan. Berapa banyak peluru yang boleh dihujani untuk menumbangkan musuh? Adakah setiap peluru itu menjadi bidikan tepat untuk kena kepada sasaran atau musuh?
Yang menjadi bekalan kekal untuk kita gunakan sebagai kekuatan perang hanyalah ilmu di dada. Ilmu apa? Tidak lain tidak bukan adalah ilmu mempertahankan diri khususnya silat bagi anak-anak Melayu. Ditambah lagi dengan ilmu menunggang kuda dan ilmu memanah. Dan dikuatkan lagi dengan ilmu renang. Kesemua ini akan berguna pada suatu hari nanti. Apakah kita mampu menangkis kekuatan musuh dengan menggunakan senjata yang dianggap kuno dan tradisional? Pasti itu yang bermain di fikiran dan menjadi bahan lucu. Kita ada guru,maka bergurulah. Carilah dan carilah agar kita cepat sedar dan segera bangkit.
Kita tidak tahu siapa yang menjadi pilihan Allah SWT untuk mengganggotai barisan perang. Jika kita dipilih adakah kita mampu untuk membawa pasukan supaya panji-panji akan terus tegak. Bolehkah kita menghunus senjata bagi melawan musuh-musuh Allah SWT?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan