Ahad, 8 Mac 2015

Bekam Putrajaya : Presint 9

Assalamualaikum WBT...

SERVIS RAWATAN SUNNAH

“Bekam adalah satu cara pengubatan yang disukai dan digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk ummat Islam.Tujuan bekam adalah untuk mengeluarkan darah yang mengandungi toksik yang berbahaya dari badan melalui permukaan kulit.Inilah satu cara ‘Detoksifikasi’ yang sesuai dan selamat bagi ummat Islam.


Cup dan alat pengepam

Mengapa berbekam sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW? Penyakit itu datang dengan izin Allah SWT ,maka ia akan sembuh juga dengan izin oleh Nya. Segala penawar datang daripada yang Maha Pencipta. Ini hanyalah sebagai ikhtiar penyempuhan penyakit dan mengelakkan penyakit. Berikut merupakan senarai penyakit yang boleh diubati dengan kaedah berbekam :-

1. Kegemukan ( obesity )
2. Penyakit kaki gajah ( Untut/Elephantiasis )
3. Sakit pinggang ( sciatica )
4. Sakit perut
5. Sembelit
6. Gangguan jantung dan lambung
7. Rusuk,peradangan dan nyeri perut
8. Alergic makanan
9. Sengal tulang
10. Sesak nafas
11. Asthma
12. Susah tidur ( insomnia )
13. Cirit-birit
14. Kejang otot
15. Kencing manis
16. Gangguan pundi empedu dan hati
17. Menggigil tanpa demam
18. Kencing malam
19. Tonsil
20. Gatal-gatal ( harsh )
21. Radang usus besar
22. Tekanan jiwa melampau ( Stress )
23. Gangguan pundi empedu
24. Pusingan haid tidak teratur
25. Ginjal
26. Tekanan darah tinggi
27. Sakit lutut
28. Sakit kaki
29. Sakit sekitar tulang belakang
30. Gangguan jiwa
31. Lumpuh ( stroke ) kerana penyumbatan pembuluh darah otak
32. Gout
33. Rematoid
34. Luka,bisul,gatal-gatal di betis dan punggung
35. Daya ketahanan badan menurun
36. Sinus
37. Sakit di kawasan perut
38. Gangguan rusuk dan penyakit kulit rusuk
39. Buasir
40. Penyakit jantung
41. Mandul
42. Terlalu banyak tidur
43. Sakit kepala sebelah ( migraine )
44. Memperbaiki peredaran darah
45. Pembuluh darah sempit dan sumbat
46. Sakit punggung
47. Sakit bahu dan tengkuk
48. Sakit bahu
49. Badan kurus
50. Membantu meninggalkan rokok
51. Kurang dengar,radang dan bengkak di telinga
52. Jangkitan kuman
53. Melancarkan perjalanan darah
54. Menurunnya aliran darah
55. Tingkatkan daya ingatan
56. Tingkatkan konsentrasi
57. Fistula ani
58. Sakit pinggang
59. Gangguan pundi kemih
60. Kaki kesemutan
61. Tangan kesemutan
62. Salah urat
63. Lumpuh menyeluruh
64. Pening kerana gangguan perut
65. Pening kerana gangguan sembelit
66. Gangguan pada prostat dan lemah syahwat
67. Pening kerana gangguan tulang belakang atau empedu dan hati
68. Pening pada waktu haid
69. Sakit di bahagian peha dan telapak kaki
70. Dingin di telapak kaki
71. Nervous
72. Tumor otak
73. Penebalan dan pengerasan telapak kaki
74. Lutut yang kaku
75. Gangguan pankreas
76. Kejang-kejang
77. Tidak boleh bercakap
78. Penyakit mata
79. Lemah fungsi sel-sel otak
80. Berhenti haid
81. Pembengkakan testis
82. Tekanan darah rendah
83. Berbagai penyakit rahim
84. Cecair vagina tanpa bau,warna dan rasa gatal
85. Peradangan saraf ( trigeminus dan facialis )
86. Meningkatkan produktiviti indung telur
87. Pening kerana mata lelah
88. Batuk kronik
89. Penyakit paru-paru
90. Tekanan darah tinggi
91. Radang di sekitar rongga hidung
92. Anemia
93. Influenza

Lihatlah pelbagai penyakit yang dapat disembuhkan melalui kaedah rawatan Islam ini. Walaubagaimanapun, masih ramai yang ragu-ragu dan tidak yakin akan rawatan sunnah.

SESI RAWATAN BEKAM ANGIN

Bekam angin

Bekam angin atau juga dikenali sebagai bekam kering adalah bekam yang tidak melibatkan sedutan darah. Oleh kerana itu,penggunaan jarum tidak perlu. Selain itu,bekam ini turut dinamakan sebagai bekam cina dan bukannya sunnah nabi. Bekam angin lazimnya dibuat sekurang-kurangnya selama 20 minit dan boleh dilakukan selalu kerana tidak ada kesan sampingan. Untuk menjalankan bekam angin,ia melibatkan penggunaan cup yang banyak di antara 14-20 cup. 
SESI RAWATAN BEKAM DARAH

Bekam darah ialah sebutan dalam kalangan masyarakat Melayu. Ia juga dikenali sebagai bekam basah,selain disebut sebagai "Hijamah" dalam bahasa Arab. Kaedah jenis ini ialah sunnah. Bekam ini melibatkan sedutan darah maka setiap pelanggan perlu dicucuk menggunakan pen jarum. Jurubekam akan memakai sarung tangan dan setiap pelanggan diperuntukkan satu jarum baru. Jarum yang telah digunakan tidak boleh diguna pakai atau recycle. Ia bersifat pakai buang. 

Bekam darah atau hijamah

Proses sedutan darah akan dijalankan sebanyak 2 kali bagi memaksimumkan pengeluaran darah kotor. Walaubagaimanapun,sekiranya darah yang keluar hanya sedikit,maka ia hanya dijalankan sebanyak 1 kali. Menggunakan kaedah bekam darah atau hijamah,terdapat 93 jenis penyakit yang dapat dielak atau diubati.

Darah kotor disedut keluar

Sabda Rasulullah SAW,"Jika ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit,maka bekam juga dapat menyembuhkannya".
HR Malik

SESI MENYAPU UBAT LUKA

Penyapuan ubat luka di kawasan bekam


Mencuci selepas menyapu ubat luka

Win-Aqueous Cream ( Ubat luka )
ASPEK KEBERSIHAN

Jarum

Untuk mengekalkan tahap kebersihan agar tidak berlaku sebarang jangkitan kuman, PTSP menggunakan satu jarum untuk satu pelanggan yang ingin menjalani rawatan bekam darah. Jarum ini tidak akan dikongsi dengan pelanggan lain. Sebaik sahaja sesi rawatan bekam selesai untuk seorang pelanggan,maka kami akan terus membuang jarum tersebut tanpa menggunakan semula. Ini adalah aspek kebersihan yang sangat dititikberatkan untuk memastikan perkhidmatan kami diyakini oleh sesiapa yang berhajat untuk menjalani rawatan bekam. Harus difahami bahawa penggunaan jarum ini hanyalah untuk bekam darah/bekam basah sahaja. Bekam angin/bekam kering tidak perlu dicucuk kerana tidak melibatkan proses sedutan darah.


Pen Jarum

Gambar di atas menunjukkan pen jarum yang digunakan untuk mencucuk di bahagian yang ingin dibekam. Sebaik sahaja selesai, jarum akan ditanggal semula lalu dibuang terus ke dalam tong sampah khas. Bahagian kepala pen pula direndam di dalam baldi selama 1 malam di dalam air bercampur clorox bertujuan untuk mencuci darah yang melekat. Selepas 1 malam, bahagian kepala pen akan dicuci pula menggunakan cucian dettol sebelum dikeringkan dan menjalani proses sterilisasi. 

Alat Steril


Cup dan pen jarum dalam proses sterilisasi


Video di atas menunjukkan cup dan pen jarum yang menjalani proses sterilisasi menggunakan alat steril. Masa yang dijalankan sekurang-kurangnya ialah selama 15 minit. Sterilisasi tidak kurang pentingnya bagi memastikan semua bakteria atau kuman dibunuh secara total.


Dettol


Dettol,tisu dan clorox

Dettol dan clorox digunakan untuk mencuci setiap cup,pen jarum dan alat pengepam. Bahan yang penting untuk mengelakkan bakteria atau kuman daripada merebak atau terkena kepada orang lain. 

Kenapa perlu memilih rawatan bekam?

  • Berbekam kerana sunnah Rasulullah SAW dan pengubatan yang sangat digalakkan dalam Islam.
  • Mampu menyembuhkan sebanyak 93 atau lebih penyakit dengan izin Allah SWT.
  • Mengeluarkan darah kotor. 
Mengapa perlu memilih perkhidmatan di Pusat Terapi Asy-Syifa' Putrajaya?
  • PTSP sangat menekankan aspek kebersihan. Tiap-tiap cup,alat pengepam dan pen jarum akan dicuci menggunakan air clorox,dettol dan kemudiannya menjalani proses sterilisasi.
  • Keadaan tempat yang selesa dan mempunyai penghawa dingin.
  • Penggunaan satu jarum untuk satu pelanggan.
  • Servis yang cekap dan bagus.
Tempat yang selesa

Berikut merupakan senarai harga bagi rawatan bekam :-


BEKAM DARAH : RM10 per cup
BEKAM ANGIN : Pakej RM30 untuk 14 cup


LELAKI DAN PEREMPUAN
( Perempuan akan dilakukan oleh jurubekam perempuan )

Sekiranya berminat bolehlah menghubungi salah satu nombor di bawah :-


HAFIZ

0145029651

WAKTU RAWATAN
Hari : Isnin-Ahad ( Setiap hari )
Masa : 8:00 malam - 12:00 malam ( Isnin-Jumaat )
10:00 pagi - 11:00 malam ( Sabtu-Ahad )

Sila buat APPOINTMENT terlebih dahulu.

Sabda Rasulullah SAW :

“Barangsiapa yang berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT”.Sebaik-baik perubatan bagi kalian ialah hijamah (berbekam)”


BERSAMA-SAMA KITA HIDUPKAN SUNNAH


Sabtu, 7 Mac 2015

Getaran Semboyan

Tatkala diselubungi keheningan malam sambil menghirup udara yang segar.Nikmat kurniaan Allah SWT yang tidak mampu dibayar oleh sesiapapun kerana kita semua adalah makhluk-Nya. Kita hanya sebagai hamba manakala Allah SWT yang Maha Kuasa,Maha Pentadbir lagi Maha Penyayang. Penyayangnya Allah SWT kepada kita sehingga Dia memberikan pelbagai nikmat untuk kita di dunia yang sementara ini tanpa mengira bangsa,warna kulit,bahasa pertuturan dan sebagainya.Yang menjadi beza siapakah yang menjadi pilihan Allah SWT untuk menerima taufik dan hidayah lantas dikurniakan nikmat Islam dan iman.

Lihatlah sekeliling kita,udara,cahaya,tumbuh-tumbuhan,haiwan ternakan bahkan nyawa kita sendiri diberikan oleh Allah SWT. Kita tidak boleh menafikan diri kita sebagai seorang peminjam manakala Allah SWT sebagai pemberi pinjam.Jadi apakah sebab untuk kita berlaku angkuh,sombong dan zalim di muka Bumi ini? Apa yang hebat pada diri kita? 

Tidaklah menjadi salah untuk kita berseronok,tetapi perlulah berpada-pada.Sedih melihat anak-anak muda seperti hamba yang kebanyakannya terjebak kepada gejala sosial lampau dan jenayah.Hilangnya harga diri dan peribadi serta sikap yang terpuji dek kerana asuhan Yahudi zionis dan kafir.Siapa yang terlibat di dalam kegiatan lumba haram? Siapa yang terlibat dalam gejala dadah? Siapa yang ditahan di pusat-pusat hiburan? ANAK MELAYU! 

Di mana generasi Y yang dikatakan bakal memimpin dan terus mengorak langkah untuk meletakkan negara di satu kedudukan yang hebat pada masa akan datang? Bilakah kita semua akan bangkit daripada diulit mimpi "indah"? 

Sampai bila kita ingin menjadi bangsa yang lemah dan dipijak oleh bangsa lain? Bila kita akan kembali berada di atas merampas takhta yang sememangnya menjadi hak milik kita di Tanah Melayu bertuah ini? 

Tanya diri,adakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan semboyan perang. Ya,kita ada barisan pertahanan seperti tentera dan polis. Tetapi sejauh mana mereka mampu mempertahankan kedaulatan ? 

Daulat Islam,
Daulat Raja-raja Melayu,
Daulat Melayu,
Daulat Tanah Melayu,
Semua ini adalah tanggungjawab yang ada di atas bahu masing-masing.

Lihat negara luar,satu demi satu negara Islam tumbang,mengalami peperangan,huru-hara,kehancuran dan porak-peranda. Saudara seIslam kita berperang sesama sendiri dek kerana perbezaan ideologi dan aliran. Mereka juga menjadi huru-hara kerana tipu daya yang ditunjukkan oleh kafir laknatullah. Mereka turut diperangi oleh kafir dan yahudi zionis.Dunia pula hanya menyaksikan tanpa sebarang tindakan. Negara-negara Islam,"Ooo I C..." Diam membisu.Anak-anak kecil dibunuh dengan kejam,wanita diperkosa lalu dibunuh,ada yang ditanam hidup-hidup ,ada yang dibakar,dipenggal,dirodok perut lalu dibuang isi perut dan pelbagai lagi. Tetapi mengapa kita masih BUTA dan BODOH dalam mencorakkan hidup kita pada hari ini. 

Bilakah kita akan bermula kembali? Kita sudah terlalu lama jatuh di tanah sendiri. Kita gagal memainkan watak sebenar Melayu yang sangat gah,hebat dan digeruni. 

Buat checklist,apa yang kita telah persiapkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Nikmat keamanan yang kita kecapi sekarang tidak akan kekal. Ia juga bukanlah tanggungjawab yang dimainkan oleh para pemimpin yang menyandang pelbagai jawatan menteri. Ini semua tanggungjawab kita semua bermula daripada bawah kerana kita adalah khalifah yang dilantik di muka Bumi ini. Allah SWT telah memilih al-Insaan kerana kita adalah sebaik-baik makhluk. 

Wahai anak-anak Melayu... Sudahlah bergelak tertawa.Berhentilah bertelagah sesama sendiri. Cukuplah kita diapi-apikan sehingga menjadi pecah dan berkelompok. Berbaliklah pada satu atas nama Islam. Dunia telah menyaksikan pelbagai peristiwa hitam. Dunia tidak lagi berada dalam keadaan yang aman. Negara yang berlagak sebagai polis dunia telahpun merancang untuk menjatuhkan negara-negara Islam. Tidak dinafikan,mereka berjaya menjatuhkan satu demi satu. 

Di mana Mesir? Di mana Syria? Di mana Iraq? Di mana Palestin? Mereka terus bermandi darah.Perlukah kita tambah di mana Malaysia?

Semboyan akan berbunyi pada bila-bila masa sahaja. Bergelak ketawalah. Mungkin ini satu entry yang kelakar untuk dibaca. Namun adakah tidak mustahil untuk kita menjadi mangsa kepada kekejaman kafir laknatullah? Berapa banyak bekalan yang kita ada untuk menghadapi situasi genting yang bakal menggugat kedaulatan Islam,Raja-raja Melayu,Melayu dan negara. 

Dalam perjuangan,tidaklah bererti senjata moden menjadi kekuatan 100 peratus kerana ianya hanyalah sebagai alat. Alat sifatnya akan habis jika tidak mendapat bekalan yang berterusan. Berapa banyak peluru yang boleh dihujani untuk menumbangkan musuh? Adakah setiap peluru itu menjadi bidikan tepat untuk kena kepada sasaran atau musuh? 

Yang menjadi bekalan kekal untuk kita gunakan sebagai kekuatan perang hanyalah ilmu di dada. Ilmu apa? Tidak lain tidak bukan adalah ilmu mempertahankan diri khususnya silat bagi anak-anak Melayu. Ditambah lagi dengan ilmu menunggang kuda dan ilmu memanah. Dan dikuatkan lagi dengan ilmu renang. Kesemua ini akan berguna pada suatu hari nanti. Apakah kita mampu menangkis kekuatan musuh dengan menggunakan senjata yang dianggap kuno dan tradisional? Pasti itu yang bermain di fikiran dan menjadi bahan lucu. Kita ada guru,maka bergurulah. Carilah dan carilah agar kita cepat sedar dan segera bangkit. 

Kita tidak tahu siapa yang menjadi pilihan Allah SWT untuk mengganggotai barisan perang. Jika kita dipilih adakah kita mampu untuk membawa pasukan supaya panji-panji akan terus tegak. Bolehkah kita menghunus senjata bagi melawan musuh-musuh Allah SWT? 

Wallahua'lam...