Isnin, 23 Februari 2015

MAFLA SILAT SENI GAYONG

Assalamualaikum WBT buat sahabat seperguruan,anak-anak Gayong...

MAFLA SILAT SENI GAYONG

Layer hadapan dan belakang mafla
PRE-ORDER
Buat masa sekarang belum ada mafla yang Ready Stock.Order akan siap sekurang-kurangnya 1 minggu selepas pembayaran dibuat.

Harga : RM30 termasuk pos.
Cash-On-Delivery : Shah Alam,Ampang,Cheras,Kajang,Putrajaya dan Seri Kembangan.
Sesiapa yang berminat boleh order secara individu atau by group/gelanggang.

Pengeposan menggunakan pos laju
Logo pertubuhan yang terdapat pada mafla ini adalah mengikut standart.

Logo berwarna dan kalimah syahadah

Logo hitam putih dan kalimah syahadah
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin membuat pembelian mafla,bolehlah CALL/SMS/WHATSAPP no.telefon di bawah :

0145029651
( Kapt.Hafiz )

Mafla Silat Seni Gayong
Mafla yang sedang dipakai tuan kapten ;-)

Jumaat, 20 Februari 2015

Bekam Sunnah

Assalamualaikum WBT kepada peminat bekam,

Berbekam merupakan pembersihan darah dengan menggunakan kaedah sedutan untuk merangsang saraf-saraf meridian berhubung dengan organ dalaman tubuh.Berbekam adalah terapi  yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.


Alat dan keperluan bekam sunnah
KELEBIHAN BERBEKAM
 
* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.
* Merawat lebih 70 jenis penyakit,dengan izin Allah SWT.
 
Bilik rawatan bekam yang selesa
Kaedah rawatan bekam yang dilakukan oleh kami adalah tidak menyakitkan dan alatan yang digunakan adalah sangat bersih, disteril dan selamat. Bekam adalah penjagaan kesihatan mengikut sunnah Rasulullah.
Alat steril
 Kemudahan bilik rawatan yang selesa berhawa dingin, kemas, bersih dan tertutup.

ALAMAT
7A tingkat 1,Jalan P9B/1,
Presint 9,62300 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.

WAKTU RAWATAN
Temujanji ( Appointment )
Isnin - Ahad , setiap hari
10.00 am hingga 11.00 pm
Rehat waktu solat fardu Zohor,Asar,Maghrib dan Isya'

Rawatan untuk lelaki dan perempuan
( Perempuan akan dirawat oleh jurubekam perempuan )

KOS RAWATAN
Bekam darah , 1 cup = RM10.00
Bekam angin, 14 cup = RM30.00
Sekiranya berminat untuk menjalani sesi rawatan bekam angin atau darah, tuan/puan/encik/cik boleh menghubungi salah satu nombor di bawah :-
Hafiz - 0145029651
Tarmizi - 0132574505
Call/SMS/Whatsapp/Telegram

"Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"
( Riwayat Muslim) 

Selasa, 17 Februari 2015

PIL ZAITUN & HABBATUS SAUDA

PIL MINYAK ZAITUN TURSINA DAN SIHAT


Daripada Ibnu Qayyim pernah meriwayatkan bahawa minyak Zaitun yang dibancuh dengan sedikit garam boleh meredakan radang gusi dan gigi. Menurutnya lagi minyak zaitun dapat menawarkan racun dan mengeluarkan cacing.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Jadi tidak syak lagi bahawa minyak zaitun ini sememangnya mempunyai khasiatnya yang unik dan dapat menyembuhkan 1001 macam jenis penyakit.

Nabi S.A.W bersabda :
"makanlah minyak zaitun serta berminyaklah dengannya kerana ia keluar dari pohon yang diberkati."

Pil Minyak Zaitun Tursina

Harga : RM35  
Kuantiti : 210 kapsul
Pos : Tambah RM6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah & Sarawak
COD : Putrajaya & Kota Kemuning sahaja


Pil Minyak Zaitun Tursina
Pil Minyak Zaitun Sihat
Harga : RM22
Kuantiti : 120 kapsul
Pos : Tambah RM6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah & Sarawak
COD : Putrajaya & Kota Kemuning sahaja


Pil Minyak Zaitun Sihat
 KHASIAT PIL MINYAK ZAITUN

* Mengurangkan kadar kolestrol
* Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
* Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
* Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
* Anti-oksidan dan anti-kanser
* Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik
(khasnya bagi kanak-kanak)
* Membekal vitamin E yang tinggi
* Kecantikan (kulit dan rambut)
* Kestabilan asid lemak
* Membekal pelbagai vitamin untuk anti-penuaan
* Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian


Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia disebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti kurma, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada semua ummah. Dengan izin-Nya...

PIL HABBATUS SAUDA 

Harga : RM25
Kuantiti : 120 kapsul
Pos : Tambah RM6 untuk Semenanjung Malaysia dan RM9 untuk Sabah & Sarawak
COD : Putrajaya & Kota Kemuning sahaja


Pil Habbatus Sauda

ANTARA KHASIAT PIL HABBATUS SAUDA
 
* Meningkatkan sistem ketahanan badan
* Melancarkan pengeluaran angin
* Mengurangkan masalah jerawat & sakit kulit
* Mengurangkan pertumbuhan uban
* Menurunkan paras kolesterol
* Mengurangkan risiko sakit jantung
* Memusnahkan sel tumor dan menurunkan risiko pertumbuhan tumor
* Mencegah dan merawat kanser payu dara
* Merendahkan paras gula dalam darah
* Penawar bagi Rheumatism dan anti radang
* Mengurangkan simpton penyakit asma
* Mengurangkan kemurungan
* Meningkatkan pertumbuhan sel darah merah
* Mengurangkan migrain
* Mengatasi sembelit ( kategori yang suka tak suka melabur saham. hehehe )
* Mengatasi keputihan
* Dan banyak lagi..
* Amalan berterusan boleh menjadi penawar bagi penyakit kronik


"PADA HABBATUS SAUDA TERDAPAT PENAWAR UNTUK SEGALA PENYAKIT KECUALI MAUT" 


Ambil peluang ini untuk sama-sama kita mengamalkan pemakanan sunnah dan berdoa agar beroleh kesihatan yang baik, inshaa Allah. Moga amalan kita nanti di berkati oleh Nya.

Sekiranya berminat boleh SMS,CALL atau Whatsapp :-

Kapt.Hafiz : 0145029651

Rabu, 11 Februari 2015

Tajuk Sendiri


Entri ini bukanlah berkisarkan dunia politik,tetapi mengenai isu kemanusiaan dan nilai moral. Yang closed-minded, kaki-kaki hukum orang hamba harap kalian jauhkan daripada membaca entri ini. Tidaklah sehebat mana,dan tidaklah sekompleks mana. Namun,bagi orang yang menghargai dan memandang tinggi nilai moral dan kemanusiaan bakal berfikir dan mengambil positif di sebaliknya.Hamba tulis hanya kepada yang faham dan berakal.

Ada kelompok manusia yang sanggup melutut kepada manusia lain demi untuk membina satu kenikmatan dunia. Melutut seperti manusia itu adalah dewa dan melebihi Yang Maha Esa. Katanya,ada harta dan status barulah orang akan pandang. Tatkala dijemput Yang Maha Kuasa, harta entah di mana,status dan pangkat entah di mana. Amalan pula entah di mana. Glamour yang dikejar tanpa arah yang betul  mengundang padah dan perit lagi memedihkan di kemudiannya.

Berkaitan maruah dan integriti,ia bukanlah tradisi yang dibuat-buat. Maruah dan integriti adalah konsep susulan kepada tradisi yang meletakkan nilai kebaikan “the virtue of values” mengatasi kemungkaran “establishing the truth over fabrication”. Kini,maruah dan integriti hanya pada lencana,hanya pada moto,slogan,misi dan visi. Hakikatnya,maruah dan integriti dijual murah dan mudah berada di bawah tapak kaki penzalim. Ramai yang meletakkan maruah dan integriti sama taraf dengan produk bundle atau jauh lebih rendah.

Kedua-duanya tidak memberikan sebarang makna di dalam satu kelompok manusia yang zahirnya diselubungi dengan segala unsur dan ramuan hina. Apa guna mandat yang diberikan kepada seorang ketua yang tampak gah dan hebat,sedang menggepalai sekumpulan manusia yang bisu dan sentiasa silap di dalam membuat keputusan. Takutnya kepada “Dewa” sehingga sanggup bersekongkol. Akalnya tinggi,mempunyai daya pemikiran yang sangat hebat melebihi orang lain,namun hatinya sekecil kuman. Tersangatlah pengecut.

Hakikat yang paling nyata,mana-mana koloni dalam dunia ini akan dikagumi kerana ketelusan dan nilai integriti manusia ,bukannya kehebatan satu entiti di dalam memanipulasikan minda orang tidak mahir tentang sesuatu isu,apatah lagi mereka yang suka meraut publisiti murahan hasil daripada propaganda jijik.

Bukankah lebih baik jika kita menjadi seorang yang pandai di kalangan orang yang cerdik,daripada berseronok ditauliahkan sebagai cendekiawan di kalangan orang yang kurang intelek atau taksub kepada seorang ketua yang bodoh lagi kolot dan dusta. Apa gunanya kedudukan dan pangkat kalau tanggungjawab diabaikan dan menyimpang daripada yang jalan yang lurus.

Wallahua’lam…